Disini ruang kosong untuk aku isi kisah aku dari sudut aku yang ramai tak tahu atau tak nak ambil tahu. Harap maaf kalau dari sudut korang ia berbeza sb ini ruang AKU.
Monday, 20 July 2015
Aku & Latar Belakang
Sepanjang hidup aku,aku dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Aril, Abang, Mamat, Tong Drum, Gemuk, Gendut, Gedempol dan antara yg famous ialah Bob yg mana orang biasa yang tak kenal aku pun lebih selesa guna nama tu.
Aku dilahirkan pada 28 Februari 1985. Ramai kawan-kawan aku dah lupa tarikh ni terutamanya bila aku dah tak ada keperluan dalam hidup mereka. Aku akan huraikan cerita ni dalam bab lain-lain nanti.
Aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (atau dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur pada masa tu.) Tempat ini ada banyak kisah dalam hidup aku, pun aku akan huraikan dalam post2 seterusnya.
Anak Sulung dari dua beradik. Adik aku pun lelaki, jadi memang ujian berat untuk mak bapak terutamanya mak untuk handle kami yg nakal ni.
Sebahagian besar hidup aku, aku membesar di Sentul,Kuala Lumpur. Sampai sekarang pun aku tetap suka untuk lalu Sentul walaupun keadaan kat situ dah banyak berubah.
Pendidikan awal bermula di Tabika Sentul semasa umur 6 tahun. Darjah 1 sehingga Darjah 6 di S.R.K La Salle Sentul. Sekolah Menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. 3 bulan tingkatan 6 di SMK Raja Ali. Kemudian dapat tawaran melanjutkan pengajian ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MCIIUM) untuk setahun setengah dan 4 tahun berikutnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Ambil jurusan Sains Kemanusiaan Pemgkhususan Psikologi.
Hobi? Aku suka makan, aku makan masa aku gembira, aku makan ketika aku sedih dan sebagainya.dengan kadar metabolisma yg rendah, hobi ini memang tak membantu secara fizikal.
Aku suka membaca. Masa kecik lebih kepada novel, komik dan buku sejarah agama. Bila dah besar aku membaca apa-apa yg tergerak dihati haha.
Aku rasa ok la kot sikit latar belakang ringkas dalam post ini. Sebab ada lagi post2 lain juga pasal perkara lampau aku bakal menyusul nanti.
Adios.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment