Disini ruang kosong untuk aku isi kisah aku dari sudut aku yang ramai tak tahu atau tak nak ambil tahu. Harap maaf kalau dari sudut korang ia berbeza sb ini ruang AKU.
Sunday, 19 July 2015
Aku & Mukadimah
Salam Sejahtera. Aku tergerak hati untuk membuka blog baru hari ini. Al-kisahnya pada masa blog ini tercipta, aku sudah pun berusia 30 tahun. sepanjang aku 30 tahun,kurang dari 3% kawan-kawan aku dari pelbagai fasa (sekolah rendah,menengah,uni,pasca graduasi) yg tahu pasal aku lebih dari 20-30%.
Aku tak ada kawan rapat ketika ini. aku hanya berkomunikasi dengan kawan2 aku secara am sahaja melalui fb pada ketika ini. kawan-kawan yg pernah rapat pada fasa-fasa sebelum ni masing2 sudah ada kehidupan baru masing2. ada yg masih berhubung satu sama lain, tapi yg pasti dengan aku hampir tiada.
Telefon sepatutnya memudahkan perhubungan antara insan, tapi telefon aku rosak barangkali. tapi kunci utamanya kalau ditanya pada aku kenapa jadi macam ni? jawapan dalam hati aku adalah mungkin kerana
aku bukan kawan yg baik dan rapat untuk mereka walaupun aku menempatkn mereka sebagai penting dalam hidupku.
Jadi aku berniat untuk bercerita pasal aku dalam blog ni sebab mana tahu satu hari nanti mereka tetiba berminat nak tahu pasal aku, pasal pengalaman hidup aku, pasal pendapat dan pandangan aku, pasal perkara kegemaran aku.
Mungkin jugak yang akan membaca blog aku ini pada satu masa nanti adalah anak-anak aku, siapa tahu kan? sekurang2nya tahulah mereka serba sedikit pasal aku.
jadi antara perkara asas yg perlu kalian perlu ingat ketika membaca blog ini ialah
1) Ini adalah cerita,pendapat,luahan rasa dari sudut aku. Ianya mungkin 'ntah apa-apa' bagi korang tapi ia something bagi aku, jd blog aku,rules aku haha.
2) Peristiwa, pendapat dan luahan rasa dalam blog ini adalah dari aku. dari sudut aku. ianya mungkin bukan absolute truth, tapi at least part of the whole truth.
Maaf kalau ada salah silap dalam blog ini, aku manusia penuh kekurangan.
Jadi, selamat membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment